Jangan cinta kerana dia lelaki..
kelak kita akan membenci..
jika dia bukan lelaki yang dicari..
hanya pandai menabur janji..
jangan dirindu pada paras rupa..
kelak kita akan terseksa..
jika dia tidak sebaik rupanya..
senyumnya manis tipu belaka..
jangan disayang kerana berharta..
kelak kita hidup menderita..
jika hartanya habis dibelanja..
sukarnya hidup miskin dan papa..
jangan dikasih kerana dipuji..
kelak kita menagih janji..
jika rupa berkedut dimamah hari..
hilang sudah puji memuji..
jangan dicari seorang kekasih..
kelak kita akan disisih..
jika kasih luntur bersih..
menangislah diri hidup bersedih..
jangan disambut salam rindu..
kelak kita menahan sendu..
jika rindu tak dapat disatu..
dimanakah akan kita mengadu..
jangan dilayan seorang teman..
kelak hidup menjadi ancaman..
jika teman tidak beriman..
dibakar api dihari kemudian..
wahai sahabat wahai teman..
carilah dia kerana Tuhan..
untuk menambah ceteknya iman..
bekalan diri hidup berteman..
wahai sahabat wahai teman..
cintailah dia kerana beriman..
dijadikan Tuhan sebagai pasangan..
baik buruk ketentuan Tuhan..
wahai sahabat wahai teman..
terimalah dia penuh keikhlasan..
andai buruk anggaplah dugaan..
andai baik pujilah Tuhan..
wahai sahabat wahai teman..
ingatlah akan janji Tuhan...
isteri yang baik besar balasan..
suami penyabar itulah kemenangan..
Wednesday, November 11, 2009
itu la CINTA
Labels: Percintaan
Posted by Cikgu Dieyla at 5:25 AM 0 comments
Sunday, September 20, 2009
KASIH TERCIPTA
Kasih hilang tida bicara
Setelah cintaku kau puja rintihan rindu terus melanda
Redup cahaya oo hati lara
Bisiklah kiranya aku berSALAH
Sedetik tersirat rasa
Kau cipta kasih yang ku miliki
Cintaku JUJUR selama ini
Carilah aku dalam hatimu
Sayang sebutlah kau rindu
Hanya…pintaku
Kasihmu kekal setia
Usah biarku ooo terus terluka
Ooo..kasih tercipta..
Ooo..carilah ku sayang
Mesra suaramu..kini berbeza
Gagal sembunyi sedih
Kenangan lalu menusuk jiwa
Manis seindah berganti pedih
Pabila bersamamu,debaran
Darah arus mengalir,cinta
Lahir selamanya
Berilah..kucupan sayang
Biar terukir wajah..kasih tercipta..
Berilah..kucupan sayang
Biar terukir wajah..kasih tercipta
Kini ku mengerti
Walau berbisa
KU RELA KIRANYA KAU BAHGIA...ooooo
Salam Sayang untuk semua yang selalu menjenguk blog ku..
malam nieh AKU bosan sangat..
hari nieh hari raya pertama dan AKU dapat wish hari raya pada pukul 1.34am 20/09/2009
dari bf yang paling AKU sayang...thanks..walaupun AKU ada terkilan dengan sikap DIA..
msg AKU pun tidak lately..alasan yang DIA bagi lately bz dengan kerja2 yang melambak2..
hati memendam..perasaan terluka...
selama ini AKU hanya menjaga hati DIA..
AKU sayang DIA namun AKU telan segala keburukkan yang DIA lakukan pada AKU..
kenapa sayang,kita semakin jauh..
jauh dari segala harapan,hati dan perasaan..
andainya jika AKU tiada di sisimu kau lebih bahagia..
lepaskan la AKU...
AKU relakan dan menerima qada' dan qadar ALLAH..amin
AKU hanya ingin melihat DIA bahagia bersama insan yang tersayang...
AKU merelakan segalanya....
Labels: Kehidupan
Posted by Cikgu Dieyla at 11:51 AM 1 comments
Sunday, August 30, 2009
hati ini telah di LUKAi...
bukan mudah menjaga hati… kadang2 sampai hati sendiri akan sakit dan terluka teruk semata2 nak jaga hati orang lain.. itu yang paling menyakitkan sekali.. end of the day, hati kita yang tak terjaga… tapi orang lain bukan tau pun.. kat dalam.. orang tak nampak. Nampak kita happy kat luar.. tapi kat dalam..TUHAN jer yang tahu mcmana hati ni remuk dan berdarah menahan derita semata2 nak jaga hati orang lain…
kadang2, ada jugak timenyer bile kita nak jaga hati sorang ni, ada hati lain pulak akan terluka. Kita beria2 nak buat yang terbaik. Tapi tup tup kita jugak yang kena. Kita jugak yang dituduh tak jaga hati…
my quote for today – tiada sesiapa pun yang dapat memuaskan hati/ sesiapa dalam dunia ni…
well, itu lumrah. Kita ni manusia. Ada kekurangan dalam kita melakukan sesuatu; natijahnya yang maha sempurna itu adalah ALLAH YANG MAHA AGUNG... Tapi sesetengah manusia masih tak faham dan menganggap kita ni tak memahamilah… tak mengerti dan tak mendalami apa yang dia rasalah..
habis tu, aku? Ada sesiapa yang kisah?? Hmmm aku pasrah…
Labels: Kecewa
Posted by Cikgu Dieyla at 6:35 AM 0 comments
1001 FALSAFAH YANG PERLU DIUNGKAP PADA SEKUNTUM BUNGA
Sejambak bunga mawar bukan sekadar untuk menyampaikan mesej ‘Aku cinta padamu’ atau jambangan Carnation yang memberi erti ‘moga cepat sihat’. Bahkan setiap bunga sebenarnya mewakili makna tersendiri. Sebab itulah dikatakan bunga mampu menjadi wakil tanpa bicara yang berkuasa merungkap 1001 falsafah atau rahsia yang cuba disampaikan oleh pengirimnya. Ramai yang mengaku mereka hanya tahu erti sekuntum ros merah saja. Aduhai. Kesiannya!!! Jadi marilah kita pada kesempatan ini menilai ataupun mengkajinya sendiri secara semulajadi.
Erti Ros
Bunga ros atau mawar adalah antara bunga yang paling diminati oleh orang ramai apatah lagi orang perempuan. Bunga ros mampu melahirkan pelbagai jenis bahasa cinta. Kalau nak memujuk kekasih, lebih mudah pujukan itu dilakukan bila disertakan bersama walau sekuntum bunga ros. Lebih cepat cair jadinya! Selain bunga ros, bunga lain juga mampu menyampaikan mesej dan makna tersendiri. Jadi sebelum kamu berkunjung ke mana-mana kedai bunga untuk membuat tempahan untuk dijadikan hadiah atau sekadar penyeri rumah kamu, apa kata kamu kenal pasti dulu kuasa yang dimiliki oleh setiap kuntum bunga yang kamu pilih. Pemilihan jenis bunga yang sesuai dikatakan mampu mendorong harapan dan kegembiraan dalam diri kamu.
FALSAFAH KUNTUMAN BUNGA:
ROS PUTIH
Cinta sejati dan kekuasaan.
CARNATION
Bunga ini comel dan boleh didapati dalam beberapa warna seperti merah dan putih. Ia dikatakan mampu membantu menggelakkan perasaan sedih menimpa diri seseorang.
CAMELIA
Ia dapat ‘memanggil’ semangat cinta dan kebahagiaan yang berkekalan
selamanya.
KEKWA
Bunga ini melambangkan kekuasaan sebuah perasaan cinta.
DAISI
Ia mampu meningkatkan daya intuisi seseorang untuk meramalkan sesuatu perkara.
IRIS
Ia melambangkan bahawa seseorang itu yakin dengan perasaan yang sedang dialami itu.
JASMIN
Ia mendorong ke arah percintaan dan kekayaan.
ORKID
Ia memberikan semangat berkobar-kobar untuk menjalani hidup.
ROS MERAH
Boleh mengungkap pelbagai perasaan cinta.
MATAHARI
Seseorang itu inginkan dirinya diberikan perhatian dan kehormatan
seperti yang sepatutnya.
TULIP
Ia membawa rasa cinta dan tuah.
IVY
Ia membawa kepercayaan dan kehormatan pada diri seseorang.
VIOLET
Ia meningkatkan daya imiginasi seseorang.
KOD WARNA BUNGA
Merah: Perasaan yang berkobar-kobar dalam sesuatu perkara yang sedang
atau ingin dilakukan.
Ungu: Apa yang paling penting adalah semangat yang diperlukan untuk
melakukan apa saja yang diinginkan.
Kuning: Peluang-peluang yang bakal hidup dalam diri seseorang.
Putih: Semangat mementingkan kebenaran.
Merah Jambu: Seorang mungkin sedang cuba mendekati dirimu!
MAKSUD TERSIRAT
Cuba kumpulkan beberapa orang teman baik. Ambil beberapa jenis bunga segar dan letakkan ke dalam sebuah bekas (ambil bunganya saja). Setiap orang pejamkan mata dan cuba ambil bunga daripada dalam bekas itu tanpa membuka mata. Ha…lepas dah ambil barulah mata boleh dibuka. Perhatikan kelopak bunga itu. Sekiranya;
KELOPAK BUNGA ITU TERLERAI:memberi makna bahawa beberapa keinginan
akan diperolehi tak lama lagi.
BUNGA ITU TETAP CANTIK: memberi tanda bahawa tuah akan mendatangi kamu
tak lama lagi. Tunggu je la!
BUNGA ITU ROSAK: memberi tanda bahawa kamu mungkin bakal menghadapi
beberapa cabaran dalam hidup.
Labels: Percintaan
Posted by Cikgu Dieyla at 1:31 AM 0 comments
Sunday, August 23, 2009
Selamat menyambut RAMADHAN
Bulan Ramadhan bulan berganda. Setiap apa saja yang dilakukan akan mendapat balasan berganda. Malahan nafsu kita juga turut berganda walaupun pada bulan ini syaitan dirantai oleh Allah. Ini adalah kerana nafsu telah bertapak di hati dan bermaharajalela.
Saudara-saudari,
Apabila kita membuat kesilapan kita sering menyalahkan syaitan dan iblis yang menggoda kita. Tetapi mengapakah kesilapan yang sama turut berlaku dalam bulan Ramadhan? Adakah rantai-rantai yang membelit kaki-kaki syaitan itu terlalu panjang hingga dapat memberi 'petunjuk' kepada kita?
Sabda Rasulullah saw.:
"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."
Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini kita akan dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertahta di hati kita selama ini. Oleh itu, inilah masa yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yang selama ini dikongkong oleh syaitan. Berpuasa bukanlah sekadar berlapar semata-mata. Tetapi puasa adalah berlapar di samping mendidik nafsu dan peribadi manusia. Ini adalah jihad yang maha besar yang perlu dihadapi oleh setiap umat Islam.
Nabi Muhammad saw pernah bersabda:
"Berjihadlah kamu dengan lapar dan dahaga kerana pahalanya seperti pahala mujahid di jalan Allah (fi sabilillah) dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih diperkenankan oleh Allah selain menahan lapar dan dahaga"
Saudara-saudari,
Bulan Ramadhan ini adalah anugerah Allah sebagai lambang kasih sayang kepada hamba-hamba Nya. Allah tidak mensia-siakan keletihan umatnya yang berpuasa hinggakan tidur di waktu siang juga diberikan pahala. Begitu besarnya kasih sayang Allah pada kita. Oleh itu marilah bersama-sama kita menilai diri kita. Semoga tahun ini amalan kita akan semakin bertambah dan sempurna perlaksanaannya. Insya Allah. Janganlah kita termasuk dalam golongan yang menganiayai diri
sendiri.
Sabda Rasulullah saw:
"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu."
Wasalam
Labels: Islam agama ku
Posted by Cikgu Dieyla at 6:44 AM 0 comments
Friday, July 24, 2009
Aquarius LOVE horoscope

Aquarius loves flirting and playing seductive games. First Aquarius will learn the personality of the person to be seduced (from gestures, talking, fidgeting, movemements) then Aquarius will use innocent-looking remarks and questions that will reveal the weak points of the "prey" and when Aquarius thinks he/she has enough information about the other person, the attack begins...
Aquarius very rarely loses with the romantic encounters, but when it happens Aquarius will suffer very much. Then after a while Aquarius will look for other people to seduce and flirt with.
When Aquarius falls in love, it is a very strong love indeed.
Aquarius cannot stand jealosy and hates it when he/she is told what to do.
When Aquarius will find a mate who will not be jealous and respects his/her desire for independence, then Aquarius is the perfect partner as well and loves 100% without holding back.
Aquarius can also feel it when things are not doing well and will know something is not right even before real problems start.
Labels: Percintaan
Posted by Cikgu Dieyla at 8:44 PM 1 comments
Kiss Meanings
Kiss on the hand - I adore you
Kiss on the cheek - I just want to be friends
Kiss on the chin - You are cute!
Kiss on the neck - I want you
Kiss on the lips - I love you
Kiss on the ears - Let's have some fun
Kiss anywhere else - You're the best
Labels: Ciuman
Posted by Cikgu Dieyla at 8:39 PM 0 comments


