Assalamualaikum. Hai!
Tak boleh nak fokus dengan kerja. Weng weng je kepala otak. Tak cukup tidur. Mata mengantok yang amat sebab semalam hampir jam 4 pagi lebih baru tertidur. Takot nak tidur lepas terasa gegaran akibat gempa bumi kat Sumatera awal pagi semalam. Kuat gila! Dah la masa tu aku tengah kusyhuk mengajar something. Tetiba rasa macam nak pitam dan pening-pening. Macam terumbang-ambing dan bergoyang-goyang. Ingatkan hantu goyang kerusi aku duduk dan meja komputer aku. Bhahaha. Dasar penakot!
Ini kali kedua aku merasakan gegaran akibat gempa bumi. Dulu sekali masa tahun 2004 kalau tak salah aku. Yes! Betul. 26 Disember 2004. Tarikh keramat yang takkan dilupakan. Masa tu Penang turut terkena tsunami kesan gempa bumi tu dan ramai yang terkorban masa tu. Gempa bumi yang berlaku di Sumatera juga rasanya. Uhuhu. Walaupun rumah aku berada jauh dari kawasan pantai, tapi gegaran boleh terasa begitu kuat. Perasaan masa mengalami gegaran tu tak tahu nak gambarkan macam mana. Kembang bulu roma semua. Menakotkan!
~Bumi kita dah semakin uzur~
Masa sekolah-sekolah dulu, bila belajar Geografi rasa bersyukur sangat sebab Malaysia terletak di garisan khatulistiwa yang bebas dari bencana alam dasyhat-dasyhat seperti gunung berapi, gempa bumi dan ribut taufan. Alhamdulillah. Malaysia sebuah negara yang sangat 'bertuah'. Dilindungi dari bencana alam yang boleh mengancam nyawa dan memusnahkan harta benda dalam sekelip mata. Tapi kita selalu sombong dan tak nak bersyukur dapat hidup di bumi bertuah Malaysia ni kan?
Sedar atau tidak, kita selalu terlupa satu hakikat yang apa-apa saje boleh jadi dengan ketentuan Allah. Malaysia juga tidak terlepas dari mengalami bencana alam sebenarnya. Malaysia turut dilanda bencana alam yang kecil seperti tanah runtuh dan banjir. Walaupun tidak mengalami gempa bumi, tapi turut terkena tempias merasakan gegaran. Dan mungkin juga boleh terkena tsunami kesan dari gempa bumi tersebut. Betul tak? Tapi masih ramai yang 'lupa diri'.
~ Macam ni la yang aku bayangkan semalam. Astaghfirullah. Mintak dijauhkan.~
Bumi sudah semakin 'tua' dan 'uzur'. Bersedialah dengan apa saja kemungkinan yang bakal berlaku. Entah berapa lama lagi bumi boleh bertahan nak menampung manusia-manusia yang semakin lama semakin lupa diri. Dan bila tiba masanya nanti, hari kiamat pasti akan menjelma. Tak tahu la masa tu kita semua sempat atau tidak bertaubat. Sebab hari kiamat akan berlaku bila kita semua alpa dan terlalu lalai dengan urusan dunia sehingga terlupa kewajipan kita sebagai seorang Islam kepada Allah SWT. Huhu. Semoga Allah melindungi akidah dan iman kita semua.
Semalam masa terasa gegaran gempa bumi tu, aku memang terbayang kejadian tsunami tahun 2004 tu. Aku gelisah memikirkan camne la aku nak pergi kerja dengan kena merentas Penang bridge. Tengah-tengah merempit tetibe tsunami terjadi dan menghempas bridge. Aku tenggelam pastu tak timbul-timbul dah. Maklum le tak reti nak berenang. Terkubur la aku kat dasar laut. Huuu. Nauzubillah. Takotnye rasa. Sori la korang. Aku ni memang suka sangat mikir menda-menda tak masuk akal macam tu. Apa-apa pun, semoga kita semua dijauhkan dari segala malapetaka. Aminnn.
Bisik2 :: Bencana alam adalah salah satu peringatan dari Allah SWT supaya kita sentiasa menginsafi diri. Ingat tu!
No comments:
Post a Comment